Search This Blog

Saturday, July 7, 2012

Panduan membayar cukai tanah Negeri Selangor

Cukai Tanah (Quit Rent)

1. Untuk membuat semakan online
-
Tuan/Puan perlu mengetahui maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor
PT/Lot. Melalui nombor tersebut, tuan akan dapat mengetahui No. Akaun Cukai
Tanah tuan. Semakan hanya dibuat untuk tanah yang berada di dalam Negeri
Selangor sahaja.
-
Layari laman web di alamat hasil.selangor.gov.my
-
Masukkan No. Akaun tekan butang: Hantar

2. Untuk membuat bayaran secara online
-
Bayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan perbankan internet seperti:
a. CIMB
b. PosOnline c. BIMB
d. MBF Cards
e. AmBank
f. HSBC
g. RHBB
h. Maybank2u
(Sila pilih agensi pembayar : Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau
Pejabat Tanah & Galian Selangor)

3. Pembayaran melalui Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf hendaklah di atas
nama “BENDAHARI NEGERI SELANGOR” dan dipalang “AKAUN PENERIMA SAHAJA”. Sila
catitkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat Pembayar serta Maklumat Pengenalan
Hakmilik di muka belakang Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank. Draf. Pembayaran juga
diterima melalui Kad Kredit/Debit. Pembayaran ini hanya boleh di buat dimana-mana
Pejabat Tanah di Selangor sahaja.

4. Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter-kaunter berikut:
a. Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri
Selangor.
b. Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sebarang kemusykilan / pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Bahagian Hasil
di talian 03-5544 7328 / 7805.

No comments:

Post a Comment

Coffee Ritual by Jin Yi (uptown) experience

Don't know why but suddenly had the urge to try brew own coffee. Had been drinking Nescafe all along but heard that it may not be healt...