Search This Blog

Thursday, December 19, 2013

Festival Antarabangsa Petaling Jaya - Gaya Hidup Lestari Kehidupan Hijau

Bauchar rebat cukai taksiran sehingga RM100


Majlis Bandaran Petaling Jaya mengumumkan bahawa penduduk Petaling Jaya boleh dapat bauchar rebat sehingga RM100 kalau bayar secara sepenuhnya cukai taksiran bagi penggal 1 & 2 tahun 2014.

Terma dan Syarat baucher rebat cukai taksiran

. Bauchar rebat hanya dikeluarkan pada 21 & 22 Disember 2013
. Bayaran cukai taksiran hendaklah dibayar dengan penuh bagi penggal 1 & 2
. Bayaran cukai taksiran hendaklah dibuat secara tunai, cek, wang pos dan kiriman wang sahaja di kaunter utama MBPJ dan kaunter Ez-Pay pada 21 & 22 Disember 2013 sahaja
. Bayaran cukai taksiran dengan menggunakan kad kredit atau pembankan Internet tidak layak untuk dapat rebat
. Tempoh sah laku bauchar sehingga 31 Disember 2013
. Bauchar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan hanya sah diggunakan di premis yang mengambil bahagian
. Sekiranya nilai belian melebihi nilai bauchar, baki selebihnya perlu dibayar oleh pemegang bauchar
. Sekiranya nilai belian kurang daripada nilai bauchar, bakinya tidak akan dipulangkan kepada pemegang bauchar
. Bauchar yang tamat tempoh atau rosak tidak boleh dituntut dengan bauchar gantian atau tunai

Sebarang Pertanyaan Dan Keterangan Lanjut, Sila Hubungi JABATAN PERBENDAHARIAAN MBPJ Di Talian 03 7956 3544 Sambungan 102, 103, 106 & 109

Terjemahan ke Bahasa Inggeris

No comments:

Post a Comment

Review Update: Ricoh Laser Printer SP150suw

Update: 1st November 2017 Bad review. The Ricoh Laser Printer SP150suw I presume has a counter that counts the number of copies printed. R...